CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, February 11, 2009

TAHU tapi......


Masih ada yg leka dan tidak sedar.

Ada satu perkara yang bagi aku pelik dan tidak sepatutnya berlaku di USIM. Dalam kesibukan dan keriuhan yang melanda pelajar USIM berkenaan dengan isu 'boikot' barangan Israel dan Amerika, masih ada insan yang bergelar mahasiswi USIM yang tidak sedar diri (aku yang labelkan begitu). Ini berlaku selang dua minggu selepas demonstrasi anti Israel dan Zionis. Ketika itu hujan lebat, aku kat giant menunggu hujan reda untuk balik ke rumah sebab masa tu aku ke sana dengan menaiki motosikal. Sedang khusyu' aku melayan perasaan dek merenung ke arah rintik hujan di luar giant tiba-tiba... aku terpana! apabila melihat beberapa orang pelajar perempuan USIM yang kelihatannya bukan main seronok lagi bersembang. Bukan terkejut melihat mereka bersembang tetapi terkejut melihat apa yang ada di tangan mereka. Masing-masing membawa set KFC yang besar, sesekali mereka menyedut air pepsi di tangan. Apa yang membuatkan aku lebih hairan mereka semua bertudung labuh ( tak malu langsung dengan tudung yang mereka pakai tu). Lebih memelikkan aku, mereka ini adalah orang yang sama aku jumpa semasa demonstrasi dua minggu sebelumnya. Masa demonstrasi bukan main bersemangat lagi, tapi lepas habis demonstrasi semuanya seolah-olah tak memberi apa-apa makna pun pada mereka. Inilah masalahnya, mereka ini sememangnya wara' dan tawadu' tetapi cetek dan kurang mengambil berat tentang ilmu kemanusiaan, tatatertib, adab dan budi bahasa.Aku bukan bertujuan mengutuk mereka yang bertudung labuh tetapi mengutuk mereka ini yang bagi aku langsung tidak bertanggungjawab sekaligus memberi imej buruk kepada orang lain yang bertudung labuh dan USIM amnya. Kalau ada yang terasa, aku nasihatkan sama-samalah kita bermuhasabah diri. Ini juga sebagai peringatan untuk diriku sendiri...

Monday, February 9, 2009

"Ya Allah bantu Nabila".

Malam ni aku tension betul. Blog aku ni kemungkinan akan di check oleh Madam Azrah esok. Dahla banyak lg tugasan yg belum siap semuanya mesti disiapkan sebelum menjelang pagi esok. Esok aku kena pastikan page 12 USIM TODAY siap design dan dihantar. Perbentangan tugasan En. Faizal juga esok, nk fikir Balaghah lagi, sebelah malam pula ada perdebatan dalam BA untuk subjek Muhadasah Hurrah yg dikendalikan Ustaz Husni. Aduh!!! poning..poning.. x taulah macam mana nk hadapi hari esok, berjaya ke tak aku menaggung azab malam ni. "Ya ALLAH bantu nabila ya Allah"...

Petua Dapur

Gadis melayu tidak sah kalau tidak ke dapur.


Di sini aku nak berkongsi beberapa petua di dapur. Maklumlah hari ini bukan sahaja pompuan yg rajin ke dapur, lelaki pn sama hebat bab memasak ni. Harap dapatlah kita sama2 berkongsi petua yea, antara g aku nak kongsi ialah:

1 Elak masakan terlebih masin:
Potong bawang besar kecil-kecil dan masukkan ke dalam masakan yang masin. Bawang besar dapat mengurangkan masin.

2 Mengatasi masalah nasi lembik:
Jika nasi yang dimasak menjadi lembik, masukkan dua biji telur ayam ke dalam periuk nasi. Biarkan seketika dan nasi akan masak dengan sempurna.

3 Kurangkan pedas cili padi:
Ketika menumbuk cili, jangan buang tangkainya, sebaliknya tumbuk bersama. Tangkai cili membantu kurangkan kepedasan cili dan mengelakkan dari sakit perut. (tapi selepas menumbuk, kalau ada tangkai yg tidak lumat, buangkan la, jgn dibiarkan berserongge dalam sambal tu plak).

4 Tanggalkan getah nangka:
Membersihkan getah nangka memang agak leceh. Tapi ada cara mudah untuk membersihkannya. Setiap kali terkena getah nangka, gosokkan hampas kelapa pada tangan atau perkakas yg terkena getah tadi berulang kali sehingga bersih. Kalau x de hampas kelapa gunakan minyak masak pun boleh jugak.

5 Jauhkan lipas dan semut:
Letakkan daun pandan di tempat yang disyaki ada lipas. Bau daun pandan boleh membantu menghalau lipas. Manakala untuk membuang semut hidup daripada gula, masukkan bunga cengkih ke dalam balang gula tersebut.

TO BE CONTINUED....

Sunday, February 8, 2009

sabar seorang yang jujur

Sabar


Beginikah derita hai orang yang sabar
Dituduh berdusta walaupun bercakap benar
Nama ku dicemar mana ku pergi orang tak gemar
Iman ku takkan bertukar dari menipu biar terlantar

Mengapakah dunia hai penuh tipu daya
Dosa dan maksiat itulah yang diutama
Si jujur menjadi mangsa pandai menipu lekas berharta
Biarlah aku merana aku tak rela hidup berdusta

Di mana keadilan yang aku harap-harapkan
Mengapa kezaliman menjadi balasan
Yang lemah ditekan yang berharta jadi sanjungan
Padamu oh tuhan aku serahkan tetapkan iman

pelik di USIM


MLM menjanjikan pulangan wang yg lumayan.

Menceburkan diri dalam perniagaan Multi Level Marketing kini dipercayai sudah menular ke hampir sebilangan besar warga USIM hari ini. Mereka secara langsung atau tidak langsung terjebak dalam perniagaan MLM yang secara asasnya menjanjikan seseorang itu mendapat untung dengan cepat dan mudah dengan melaburkan wang kepada agen tertentu. MLM berasaskan kepada perniagaan yang mempunyai rangkaian menjual barang melalui sistem piramid. Ahli yang terlibat perlu berusaha menarik seramai mungkin ahli lain untuk terus mendapat komisen daripada bayaran yang dikenakan.
Hasil temubual saya dengan kebanyakan ahli MLM di USIM mendapati sasaran utama bagi perniagaan ini adalah pelajar tahun satu. Antara sebab utamanya ialah kerana mereka ini baru sahaja menerima wang Pinjaman Tabung Pendidikan National PTPTN. Mereka juga dianggap lebih mudah terpengaruh untuk diajak menyertai MLM.Selain itu, saya mendapati hanya sebilangan kecil yang berjaya dalam perniagaan ini. Selebihnya hanya mengharapkan keuntungan yang tidak kunjung tiba.
Peliknya, bagaimana pelajar Uiversiti yang diklasifikasikan sebagai golongan bijak pandai boleh tertipu dan terjebak dengan wabak ini. Lebih-lebih lagi pelajar USIM, penuntut di sebuah Universiti Islam yang dianggap sudahpun mempunyai pemahaman yang jelas tentang ilmu mualamat yang betul dan sahih.Adakah kerana ianya satu keterpaksaan? atau wang yang membutakan mata mereka? Sama-samalah kita renungkan...

Thursday, February 5, 2009

Mereka yang rebah

Darah muda, banyak gelora.

Lihatlah sekeliling kita,
betapa saban hari pasti ada saja,
harapan serta bunga bangsa yang rebah...

Tak memadai sekadar keluhan,
apatah lagi jelingan serta cemuhan,
yang jatuh dan yang rebah itu,
adalah anak watanmu...

Untukkan sedikit masa emasmu,
kerana mereka memerlukanku,
tersesat mereka di hujung jalan,
marilah bersama memberi bimbingan...

Tak daya mengawal diri
lantaran terlalu menurut kata hati
mereka bagaikan kehilangan
pedoman di masa depan...

Wednesday, February 4, 2009

secara tiba2....

kumpulan darahku ialah 'O', dilabelkn sebagai ' penderma yg universal', wow! bangganya aku, tapi aku langsung tak pernah menderma darah, ini kerana aku takut jarum...huhu...dan hari ni sepatutnya berlaku satu lagi pengalaman baru dalam hidup aku, entah kenapa secara tiba-tiba tergerak hati untuk menderma darah. Sekian lama aku cuba memberanikn diri untuk melakukannya baru hari ini aku dapat kekuatan itu. Aku masih ragu dan takut.... dengan hati yang berdebar-debar aku dengan Sarah, teman setia aku kat kampus menuju ke tempat menderma darah, Alhamdulillah... di situ aku bertemu kawan-kawan, lega sikit, rasa mkin berani pun ada. Aku melihat Syazan, rakan sekelasku sedang sibuk mengisi borang untuk menderma, sekali lagi aku berjaya memotivatekan diriku.. Zati yang juga rakanku tidak putus-putus memujuk supaya aku meneruskan niat untuk menderma.. ermmm...pandai juga dia, kiranya aku termakan pujukan dia la... Aku nekad! dengan tangan yang seram sejuk aku mencapai borang penderma, Sarah yang sememangnya tahu aku ni penakut mula risau, " yo ko ni k.hea???"... dengan mukanya yang berrkerut-kerut memandangku penuh ragu... aku lansung tidak mengendahknnya, mesti! mesti! mesti! hari ini aku tidak akan membatalkan niatku seperti kebiasaanya. Selesai mengisi borang, tiba saat yang paling aku tak suka..' timbang berat badan' ya Allah fed up betul... dahla kawan-kawan ramai kat situ, "ALAMAK!!" berat aku bertambah lagi...malu gila... selesai je proses check darah aku ke meja HA yg bertugas untuk buat double check up sama ada aku boleh menderma atupun tak... alangkah kecewanya aku bila diberiathu proses pgmbilan darahku tak bleh dilakukan hari ini coz aku tak cukup tidur... kiranya buat temu janji untuk esok jelah...hahaha... ini bermakna esoklah aku derma darah...wakaka...

kejam tanpa sedar...


Titisan air mata seorang anak.


Sehingga kini,sana-sini orang membicarakan isu palestin. Mengutuk dan mengecam israel dan zionis atas kekejaman mereka ke atas saudara seislam kita di Palestin. Pelbagai cara dilakukan utk menzahirkan bantahan terhadap kafir la'natullah itu. Namun, dalam pada kita bersungguh-sungguh melaungkan bantahan dengan tujuan mempertahankan Islam, kadang-kadang kita tidak sedar kita sendiri sebenarnya menjadi salah satu daripada punca yang bakal menjatuhkan Islam itu sendiri. Kita abaikan perkara-perkara kecil di sekeliling kita, apa yang kita nampak hanyalah konflik-konflik besar nun jauh di sana. Sedangkan perkara kecil itulah yang perlu kita titik beratkan kerana jika tidak, ia akan membawa impak yang besar dalam kehidupan kita sebagai muslim. Saya sama sekali tidak mengatakan salah jika kita sensitif dengan isu besar seperti 'isu palestin'dan isu-isu lain yang seumpamanya, malah memuji mereka ini. Saya sendiri juga turut berkongsi perasaan yang sama bila membicarakan tentang soal ini. Marah, sedih, kecewa dan sebagainya. Apa yang saya cuba katakan di sini ialah, terkadang kita leka dengan kesenangan kita di sini. Kita membantah kezaliman yang dilakukan keatas palestin, tapi kita sendiri melakukan kekejaman ke atas rakan-rakan, keluarga dan diri kita sendiri. Kita berusaha menolong saudara kita di palestin tapi pada masa yang sama juga kita membutakan mata kita untuk melihat dan membantu saudara kita di sini. Kita berdoa untuk saudara kita di palestin. Namun, adakah kita ingat untuk mendoakan saudara di sekeliling kita yang jauh tersesat? Bak kata pepatah "asyik merenung bulan di langit, rumput di bumi di pijak-pijakkan". Bagaimana kita hendak menolong saudara kita di Palestin sekiranya kita sendiri porak peranda. Semuanya terpulang pada individu itu sendiri. Kita dianugrahkan akal bukan? jadi, "Tepuk dada, Tanyalah Iman"...

Tuesday, February 3, 2009

sorry dulu yea..


pada mmber2 yg bkak blog ni, sory la bebnyak coz xde menda pom lg yg bleh di kongsi, tak tau nk tulis ape lg, blur semacam je... TUNGGUUU!!!