CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, February 11, 2009

TAHU tapi......


Masih ada yg leka dan tidak sedar.

Ada satu perkara yang bagi aku pelik dan tidak sepatutnya berlaku di USIM. Dalam kesibukan dan keriuhan yang melanda pelajar USIM berkenaan dengan isu 'boikot' barangan Israel dan Amerika, masih ada insan yang bergelar mahasiswi USIM yang tidak sedar diri (aku yang labelkan begitu). Ini berlaku selang dua minggu selepas demonstrasi anti Israel dan Zionis. Ketika itu hujan lebat, aku kat giant menunggu hujan reda untuk balik ke rumah sebab masa tu aku ke sana dengan menaiki motosikal. Sedang khusyu' aku melayan perasaan dek merenung ke arah rintik hujan di luar giant tiba-tiba... aku terpana! apabila melihat beberapa orang pelajar perempuan USIM yang kelihatannya bukan main seronok lagi bersembang. Bukan terkejut melihat mereka bersembang tetapi terkejut melihat apa yang ada di tangan mereka. Masing-masing membawa set KFC yang besar, sesekali mereka menyedut air pepsi di tangan. Apa yang membuatkan aku lebih hairan mereka semua bertudung labuh ( tak malu langsung dengan tudung yang mereka pakai tu). Lebih memelikkan aku, mereka ini adalah orang yang sama aku jumpa semasa demonstrasi dua minggu sebelumnya. Masa demonstrasi bukan main bersemangat lagi, tapi lepas habis demonstrasi semuanya seolah-olah tak memberi apa-apa makna pun pada mereka. Inilah masalahnya, mereka ini sememangnya wara' dan tawadu' tetapi cetek dan kurang mengambil berat tentang ilmu kemanusiaan, tatatertib, adab dan budi bahasa.Aku bukan bertujuan mengutuk mereka yang bertudung labuh tetapi mengutuk mereka ini yang bagi aku langsung tidak bertanggungjawab sekaligus memberi imej buruk kepada orang lain yang bertudung labuh dan USIM amnya. Kalau ada yang terasa, aku nasihatkan sama-samalah kita bermuhasabah diri. Ini juga sebagai peringatan untuk diriku sendiri...

2 comments:

Hamba said...

sedih bila pelajar Muslim sendiri masih dengan sikap degil yang payah untuk memboikot barang Israel dan sekutunya.Bukannya leh mati kalo x mkn kt kfc.kan3x..

fida said...

mmg sedih coz msih ada di kalngan kita yg tidak berbuat demikian.pergi demonstrasi pn mgkin skadar ikut je tp tdk menghayati tujuan sebenar.