CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, February 4, 2009

secara tiba2....

kumpulan darahku ialah 'O', dilabelkn sebagai ' penderma yg universal', wow! bangganya aku, tapi aku langsung tak pernah menderma darah, ini kerana aku takut jarum...huhu...dan hari ni sepatutnya berlaku satu lagi pengalaman baru dalam hidup aku, entah kenapa secara tiba-tiba tergerak hati untuk menderma darah. Sekian lama aku cuba memberanikn diri untuk melakukannya baru hari ini aku dapat kekuatan itu. Aku masih ragu dan takut.... dengan hati yang berdebar-debar aku dengan Sarah, teman setia aku kat kampus menuju ke tempat menderma darah, Alhamdulillah... di situ aku bertemu kawan-kawan, lega sikit, rasa mkin berani pun ada. Aku melihat Syazan, rakan sekelasku sedang sibuk mengisi borang untuk menderma, sekali lagi aku berjaya memotivatekan diriku.. Zati yang juga rakanku tidak putus-putus memujuk supaya aku meneruskan niat untuk menderma.. ermmm...pandai juga dia, kiranya aku termakan pujukan dia la... Aku nekad! dengan tangan yang seram sejuk aku mencapai borang penderma, Sarah yang sememangnya tahu aku ni penakut mula risau, " yo ko ni k.hea???"... dengan mukanya yang berrkerut-kerut memandangku penuh ragu... aku lansung tidak mengendahknnya, mesti! mesti! mesti! hari ini aku tidak akan membatalkan niatku seperti kebiasaanya. Selesai mengisi borang, tiba saat yang paling aku tak suka..' timbang berat badan' ya Allah fed up betul... dahla kawan-kawan ramai kat situ, "ALAMAK!!" berat aku bertambah lagi...malu gila... selesai je proses check darah aku ke meja HA yg bertugas untuk buat double check up sama ada aku boleh menderma atupun tak... alangkah kecewanya aku bila diberiathu proses pgmbilan darahku tak bleh dilakukan hari ini coz aku tak cukup tidur... kiranya buat temu janji untuk esok jelah...hahaha... ini bermakna esoklah aku derma darah...wakaka...

1 comments:

fida said...

caya lah k.hea....ore jgk la xckup syart nk derma darah,huhu