CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, February 9, 2009

Petua Dapur

Gadis melayu tidak sah kalau tidak ke dapur.


Di sini aku nak berkongsi beberapa petua di dapur. Maklumlah hari ini bukan sahaja pompuan yg rajin ke dapur, lelaki pn sama hebat bab memasak ni. Harap dapatlah kita sama2 berkongsi petua yea, antara g aku nak kongsi ialah:

1 Elak masakan terlebih masin:
Potong bawang besar kecil-kecil dan masukkan ke dalam masakan yang masin. Bawang besar dapat mengurangkan masin.

2 Mengatasi masalah nasi lembik:
Jika nasi yang dimasak menjadi lembik, masukkan dua biji telur ayam ke dalam periuk nasi. Biarkan seketika dan nasi akan masak dengan sempurna.

3 Kurangkan pedas cili padi:
Ketika menumbuk cili, jangan buang tangkainya, sebaliknya tumbuk bersama. Tangkai cili membantu kurangkan kepedasan cili dan mengelakkan dari sakit perut. (tapi selepas menumbuk, kalau ada tangkai yg tidak lumat, buangkan la, jgn dibiarkan berserongge dalam sambal tu plak).

4 Tanggalkan getah nangka:
Membersihkan getah nangka memang agak leceh. Tapi ada cara mudah untuk membersihkannya. Setiap kali terkena getah nangka, gosokkan hampas kelapa pada tangan atau perkakas yg terkena getah tadi berulang kali sehingga bersih. Kalau x de hampas kelapa gunakan minyak masak pun boleh jugak.

5 Jauhkan lipas dan semut:
Letakkan daun pandan di tempat yang disyaki ada lipas. Bau daun pandan boleh membantu menghalau lipas. Manakala untuk membuang semut hidup daripada gula, masukkan bunga cengkih ke dalam balang gula tersebut.

TO BE CONTINUED....