CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, February 8, 2009

pelik di USIM


MLM menjanjikan pulangan wang yg lumayan.

Menceburkan diri dalam perniagaan Multi Level Marketing kini dipercayai sudah menular ke hampir sebilangan besar warga USIM hari ini. Mereka secara langsung atau tidak langsung terjebak dalam perniagaan MLM yang secara asasnya menjanjikan seseorang itu mendapat untung dengan cepat dan mudah dengan melaburkan wang kepada agen tertentu. MLM berasaskan kepada perniagaan yang mempunyai rangkaian menjual barang melalui sistem piramid. Ahli yang terlibat perlu berusaha menarik seramai mungkin ahli lain untuk terus mendapat komisen daripada bayaran yang dikenakan.
Hasil temubual saya dengan kebanyakan ahli MLM di USIM mendapati sasaran utama bagi perniagaan ini adalah pelajar tahun satu. Antara sebab utamanya ialah kerana mereka ini baru sahaja menerima wang Pinjaman Tabung Pendidikan National PTPTN. Mereka juga dianggap lebih mudah terpengaruh untuk diajak menyertai MLM.Selain itu, saya mendapati hanya sebilangan kecil yang berjaya dalam perniagaan ini. Selebihnya hanya mengharapkan keuntungan yang tidak kunjung tiba.
Peliknya, bagaimana pelajar Uiversiti yang diklasifikasikan sebagai golongan bijak pandai boleh tertipu dan terjebak dengan wabak ini. Lebih-lebih lagi pelajar USIM, penuntut di sebuah Universiti Islam yang dianggap sudahpun mempunyai pemahaman yang jelas tentang ilmu mualamat yang betul dan sahih.Adakah kerana ianya satu keterpaksaan? atau wang yang membutakan mata mereka? Sama-samalah kita renungkan...

1 comments:

IBNU TURAB said...

x lah pelik sangat..
hok pelik lagi x sedar..minat turab ilat turabb